Friday, December 3, 2010

Alhamdulillah.. kini telah kembali seperti biasa. Lisya telah kembali pada mama dan abahnya. Ya Allah.. perangainya telah kembali seperti asal.. dah tak mesra lagi dengan kami. Pandai dia tukar watak hinggakan raihan kata pada khairi... abe, kita takkan kenal dah lisya. tak dak dah lisya yang duduk rumah kita baru ni. w/bgmnpun kami gembira kerana dia telah berjumpa dgn orang yg dirinduinya. Kami amat bersyukur kerana sepanjang bersama kami tidak ada masalah yg timbul. Dia sentiasa menunujukkan kegembiraannya. Dewasa benar dia.. dapat mengatasi rasa rindunya walhal baru berusia 4 tahun. Budak cerdik katakan.

Walaupun kadang kala rasa rindu pada gelak tawanya, rindu pada tingkah lakunua dan rindu pada gurau sendanya namun kami tetap bersyukur kerana abah dan mama lisya selamat kembali ke tanah air... dapat bersama-sama dengan anak-anak yang dirindui dan saya amat bersyukur kerana dapat menjaga lisya selama 46 hari

Friday, November 26, 2010

KEGEMBIRAAN BUAT LISYA

4 hari lagi mama dan abah lisya akan kembali ke tanah air. Insya Allah.Lisya biasa2 saja.Agaknya sbb sudah 40 hari lebih dia ditinggalkan...bersama-sama keluarga kami. Tengah hari tadi, saya di dlm bilik...rehat la konon. bunyi bising betul.Rupa-rupanya dia orang main nusuk, main kejar2. yang 3 orang tu tak pa la. nani pun perangai mcm budak kecil lagi. Yang peliknya...kak long pun main sama. Masya Allah. begitulah cerianya keluarga kmi sejak lisya ada di sini. Semua akan ikut perintah lisya.... Saya tanya lisya..balik rumah dia nanti siapa yang lisya nak suruh. Lisya tak ada kakak. nani kata kalu kisya rasa nak bergurau datanglah sini. kalu nak main nusup marilah sini. Lisya kata tak se.. kalu main nusup dia sokmo kena cari...orang besar pandai nusup. Anak2.....

Kadang2 kalau difikirkan tak nak lagi jaga anak saudara yang ditingglkan ibu...nak tahu kenapa? Saya tak sampai hati tengok matanya...adakah dia rindu pada ibu bapanya dan..... rasanya tak sanggup brpisah dengannya selepas ini. Bayangkan 45 hari dia bersama-sama saya. Dia menghiburkan saya... dia mengingatkan saya pada amanah ibunya.

Setiap pagi...apabila saya bangun daripada tidur...perkara pertama yang saya lakukan ke biliknya..untuk melihatnya. Dia tidur lena di tengan-tengah di antara izzah dan nani. Budak2... tidur dengan wajah yang bersih. Selepas 30 nov...tiada lagi wajah bersih itu di rumah saya...Oh Tuhan.................

Saturday, November 20, 2010

LISYA YANG MANJA

Hari ini 20 nov.... bermakna 10 hari lagi mama lisya akan kembali.Kembali bersama-sama lisya semula. Tentu lisya dan semua yang menanti di sini akan berasa gembira... begitu juga kami. setiap hari yang kami lalui bersama-sama lisya amat menyeronokkan. Suaranya yang sentiasa riuh rendah,tawa hilainya yang nyaring dan berlari ke sana ke mari amat menghiburkan kami. Tentu sekali kami akan rindukan dia apabila dia kembali ke rumahnya nanti. Tapi tak apalah..itu pengorbanan yang akan kami tempuhi. Sesiapa pun tentu akan gembira.. akan seronok dengan telatahnya. Dia sentiasa gembira... betulkah begitu? Tiada langsung menunjukkan kerinduan dan kesedihan...budak sekecil itu pun pandai membawa diri... kami sentiasa cuba sedaya upaya supaya dia tidak bersedih...yang peliknya saya yang menanngis sendirian bila memikirkan lisya. Ah.. anak itu terlalu tabah, cerdik dan sentiasa menghiburkan. Syabas untuk Lisya...

Wednesday, March 3, 2010

satu kejutan.satu kesedihan

Bell palsy? Apa dia? Dari mana datangnya ? Mengapa 'dia' tiba-tiba menjengah keluarga kami? Kebahagiaan, ketenangan dan keselesaanku direnggut tiba-tiba. Adakah selama ini aku terlalu lalai daripada mengingatimu Tuhanku? Aku tidak berdaya untuk menghadapi semua ini. Aku tidak dapat menyelami betapa sedihnya anakku menghadapi semua ini. Mengapa dia? Dia terlalu mentah untuk menerima semua ini. Setiap detik..setiap nadiku berdenyut aka hanya mampu berdoa agar anakku segera pulih, agar Tuhan kurniakan hati yang paling tabah untuknya menghadapi semua ini. dan kala itulah air mataku sentiasa mengalir,aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini. Ya ALLAH, hanya padaMU aku bermohon, hanya pada MU tempat aku meminta pertolongan, sembuhkanlah anakku. Kembalikan keriangannya.Hanya padaMU ya waliyy yang maha pelindung,jauhkanlah kami daripada sengsara ini.Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani. Kasihanilan kami, ringankanlah beban kami.AMIN.

Sunday, January 24, 2010

selamat tahun baru untuk semua

masih tak terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut maal hijrah dan happy new year utk semua adik-beradik, sanak saudara, rakan taulan dan semua sekali lah. lama2 tak blog ni rasa kekok pulak.tambah2 umur dan setahun lagi meningkat. cuma apa yang difikirkan sekarang, nak gunakan sisa2 usia yang masih ada dengan sebaik mungkin.