Friday, December 3, 2010

Alhamdulillah.. kini telah kembali seperti biasa. Lisya telah kembali pada mama dan abahnya. Ya Allah.. perangainya telah kembali seperti asal.. dah tak mesra lagi dengan kami. Pandai dia tukar watak hinggakan raihan kata pada khairi... abe, kita takkan kenal dah lisya. tak dak dah lisya yang duduk rumah kita baru ni. w/bgmnpun kami gembira kerana dia telah berjumpa dgn orang yg dirinduinya. Kami amat bersyukur kerana sepanjang bersama kami tidak ada masalah yg timbul. Dia sentiasa menunujukkan kegembiraannya. Dewasa benar dia.. dapat mengatasi rasa rindunya walhal baru berusia 4 tahun. Budak cerdik katakan.

Walaupun kadang kala rasa rindu pada gelak tawanya, rindu pada tingkah lakunua dan rindu pada gurau sendanya namun kami tetap bersyukur kerana abah dan mama lisya selamat kembali ke tanah air... dapat bersama-sama dengan anak-anak yang dirindui dan saya amat bersyukur kerana dapat menjaga lisya selama 46 hari

6 comments:

Ibu WA Alim said...

Alhamdulillah..Allah memudahkan peninggalan Lisya oleh mama dan abahnya dan penjagaan Lisya oleh mak sedara dan sepupu2nya..
Teringat pula saya meninggalkan Alim thn lps..
Alhamdulillah..slps dtinggalkan @ Kelantan Alim lbh mengenali dan memahami salasilah keluarga d sana..dan menjadi lbh rapat..
Alhamdulillah!

Nida said...

Cik Nun n Cik Ana pun jaga kami adik beradik masa umi n ayah gi mekah dulu. Cik Nun tgh pregnant lagi maso tu. Thank you so much Cik Nun yang amat disayangi. Hanya Allah swt mampu membalas jasa Cik Nun.

Satu lagi hok Ida ingat kenangan dgn Cik Nun sapa loni. Masa Ida gi sklh kecik2 dulu, rasanya masa tu, baru 7 thn, bas sklh sokmo dtg terlalu awal, dlm pkl 6am lebih, gelap gelita lagi. Masa tu Cik Nun n Cik B dok rumah umi. Cik nun teman ida tunggu bas satu pagi, pastu bas tu lambat. cik Nun nampak Ida resah sbb takut lewat gi sklh, Cik Nun oyak ko Ida, 'Nanti Cik Nun gi panggil bas'. Cik Nun pusing n jalan ke arah bas dtg, tiba2 bas maghi. Pastu Cik Nun oyak ko Ida, 'Kea Cik Nun ghoyak doh'.

Ibu WA Alim said...

Power jugok CNun yea Ida..blh gi panggil bas..

Nida said...

tula Hcy, masa tu rasa Cik Nun sgt2.

Nida said...

typo error..maso tu raso Cik Nun hero sgt2..:)

Yasmin's Mummy said...

mengalir air mata bila baca entries pasal Nun jaga Lisa. Tapi kelakar juga part dia dah kembali ke perangai asal. Macam tu lah budak2, bila mak ayah tak ada dia pandai jaga diri. Bila mak ayah dah balik, mulalah dia buat perangai tak boleh berenggang.