Wednesday, March 2, 2011

Han suruh blogging

Han..ma tak tahu nak tulis gapa sebenarnya.Setiap hari ma sibuk sebenarnya..bukan sibuk dengan kerja2 rumah..tapi sibuk dengan urusan2 luar.masa nani dok rumah..sibuk hantar ambik dia..dia dok asrama pun ma sibuk juga. Orang kata jadi cikgu kerja senang..tengah hari boleh balik rumah..itu cikgu dulu han. Cikgu la ni kalau boleh nak tidur pun di sekolah.Macam2 program,macam2 aktiviti. !0 Feb lepas ma tidur di sekolah..Qiamullail bersama murid th 6. Faham2 saja la kalau jaga murid2 pada waktu malam ni.tak tidur langsung. Hari ni 2 Mac sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Guru2 gotong-royong memasak. Bayangkan 140kg daging untuk dimasak. Sehari sebelum lagi dah buat persiapan. Lastly..malam tadi pukul 10 malam baru balik. tak pa la ..kalau mengungkit tak dapat pahala pulak. Sambutan kali ni lebih meriah. Berarak melalui balai polis.SIS.masjid dan balik semula ke sekolah.Penat jugak. Memanglah tak sampai separuh guru yang ikut sama..tapi ...tak sedapla kalau tak ikut sama. Lepas tu sampai di sekolah kena jadi mc lagi untuk acara dewan. Penat memang penat tapi nak buat macam mana dah tercebur dalam dunia yang kalut ini..Dan esok 3 mac..perlawanan bola jaring peringkat zon..sksid tuan rumah..sibuk lagi.............

3 comments:

aida said...

tahniah cik nun update blog :)

Ibu WA Alim said...

Cik Nun apa khabar sihat ke?
Keluarga Cik Nun pun sihat jugak ke?
mok duduk kat rumah ni ke? atau kat rumah sendiri ke? kat rumah orang lain seperti rumah ayahsu,maksu dan ayahmad.


DArIpadA ALIm.

Ibu WA Alim said...

Kalu nok suroh sene blogging, tuleh tu tok payoh pk, tuleh jah ggapo hok nok tuleh, tok payoh mmike mcm nok buat karange, tajok ggapo/isi ggapo, tok payoh pk nahu/grammer, tuleh pon hok biaso2 jah..