Monday, August 17, 2009

kita hanya merancang

Eh...lebih kerap pula saya menulis. sebenarnya dah 2,3 malam tak lena tidur. tak tahu mengapa. kalau difikirkan saya ni jenis yang mudah tidur.entahlah minggu ni perangai saya berubah. minggu ni saya boleh dikatakan agak rajin buat kerja rumah.Awal pagi dah bangun untuk sediakan makanan sahur untuk naniku yang comel itu. dia belum habis ganti puasa. lepas tu jadi pr nya lagi. ya lah minggu ni dia trial exam. nani ni jenis yang manja...segala2nya perlu diingatkan. perlu tanya dah ke buat ulangkaji utk subjek2 yang akan diuji esok hari. masa atas kereta hantar dia ajar baca ayat2 untuk tuhan permudah segala urusan. lagipun saya kesian tengok dia, selalu selsema dan lelah. malam ni astmanya menyerang lagi. dia makan ubat dan katanya terlalu mengantuk. saya suruh dia tidur dulu dan tentunya tugas saya akan kejutkan dia awal pagi esok.

Tiba2 pukul 9 malam bunyi motosikal di luar rumah. Alhamdulillah putera ketiga baru tiba dari Terengganu. baru habis daki gunung dan bersambung dengan cuti semesternya.

Pukul 12 tgh hari td ada mesyuarat guru2 thn 6. persiapan akhir menjelangnya upsr. kelas tambahan dlm cuti dan sebagainya. bermacam2 yang kami bincang sebagai persiapan akhir. Hari ni kbetulan hampir pukul 3 baru balik....kelas tambahan.
pukul 4 terima panggilan dari pk1. sekolah kita diarahkan cuti serta merta H1N1. Masya Allah.
jabatan kesihatan mengarahkan semua warga sekolah akan hadir semula hanya pada 30 ogos. apa lagi yang dapat dikatakan.....nak kata gembira dengan cuti mengejut ini tidak juga. tak tahu lah. selepas solat asar tadi tiba2 air mata menitis.... entah mengapa.......

Sunday, August 16, 2009

kala rindu menjengah

sebenarnya tatkala hampir menjelangnya Ramadhan yang ditunggu oleh setiap umat Islam, saya mula teringat pada orang2 yang tersayang yang berada jauh di mata. Adik beradik, anak2 dan anak2 saudara yang jauh di mata.
Ida....tentu sekali rindu akan suasana di tanah air. Tapi tak pa da, org kata jauh berjalan luas pemandangan. Sekurang2nya ida ada pengalaman yang orang lain tidak ada...dan satu kita perlu dan mesti ingat, segala2nya telah ditentukan olehNya.

Rumah di tengah sawah yang terbentang luas ini juga semakin kurang penghuninya........ apabila taip macam ni rasa nak nangis pun ada. Tapi, hati saya terus memujuk agar jangan menangis. ya... kita takkan rasa puas dengan apa yang kita ada, dengan apa yang kita mampu capai.

Kadang2 bila difikirkan, 2 tahun lagi jika dipanjangkan umur saya akan rasai usia 50 tahun. Eh, sudah tua rasanya,tapi kalau difikirkan masih banyak yang nak dicapai, yang nak dirasa.

Ya, Allah panjangnya aku berceloteh malam ni. bukan apa,sekadar luahan rasa seorang ibu, seorang kakak dan seorang ibu saudara. salam sayang untuk semua....

Thursday, August 13, 2009

sekadar bertanya khabar

Entah apa yang nak ditulis kali ni. nak buka blog pun tak reti. Contact Raihan d kbu, dia bagi arahan dari sana. Tu la orang kata, bila dah tua ni tak sesuai nak brblog dah.Untuk adik2 semua, sebenarnya nak buka blog ni satu masalah besar kalau tak ada org bantu...... harap faham.

Balik sekolah ari ni tak buat apa2. tidur, bangun....malas betul. mlm ni cuma goreng bihun...kalau tak ada makanan kesian nani.... rumah bersepah. tak ada mood langsung. esok walaupun jumaat, ada kelas. sabtu pun ada. bila hari cuti saya?

Malam ni bazli akan bertolak ke perak. pagi esok dia nak daki gunung batu putih. ikut kelab di universitinya. saya hanya mampu berdoa moga2 dia selamat.

agaknya dah cukup untuk malam ni. mohon undur diri......

Monday, May 25, 2009

bertemu kembali

Salam untuk semua ahli keluarga.Harap maaf sbab dah lama tak brblog. Sibuk sikit sjak akhir2 ni. Tapi tak tau plak apa yg disibukkan. keja mcm biasa, masak......kadang2 masak, kadang2 tidak. Tapi.... kalau tidur tu, almaklum saja le, memang kuat tidur. Hari2 yg dilalui, biasa saja. sekarang ni bila usia dah makin dekat separuh abad, tak mahu rasanya bebankan fikiran. Terima saja apa yang mendatang. agaknya masa muda2 dulu kita kuat berfikir, penat siang malam, bila dah umur begini rasa nak dok saja. Memang amal ibadat terasa masih terlalu kurang, namun dlam hati sentiasa menghrapkan yang baik2 untuk anak2 dan semua ahli keluarga.

Kadang trfikir jgk... muda2 dulu kita penat siang malam, tp bila anak2 dah besar mereka akan pergi jauh dari kita. terasa hidup semakin sunyi. Bila anak2 semua ada di rumah( 6 orang semuanya) terasa rumah begitu hidup, ada nyawa,ada suara yang riuh rendah. namun bila mereka pergi satu....satu, apa lagi yang tinggal melainkan 2 ekor kucing yang sering menghiburkan( jojo dan joji)....penawar duka.

Untuk Lumi...cik nun ni sebenarnya malas nak menaip..tapi bila menaip susah nak berhenti. C nun bukannya pandai sgt buat ayam percik, umi lg pandai. Bakpo tak tanya dia? kalu c nun masak, c nun pakai bubuh saja,tak dak sukatan. sebab tu la kadang2 sedap, kadang2 tak sedap. tp banyak tak sedap la . nnti la bila c nun dapat resepi c nun bagi ,ok?

Buat yah yang tersayang...awak nak resepi nasi kerabu? saya tak pandai mana. nanti saya tanya member resepi yang terbaik. Tapi awak kna jaga makan. kawal sikit. takut2 ada penyakit, susah.

Monday, April 20, 2009

kek cokelat untuk ida

untuk ida yang disayangi lagi diingati,
ni cnun nak bagi resipi kek cokelat. kalu ida buat tak jadi jgn salahkan cnun plk.

1 cwn cokelat
1/2 cwn air ) semua ni rebus dan sejukkan
1/2 cwn gula

1 cwn gula halus
250g butter - pukul dengan senduk kayu je bgi kembang

2 sd susu pekat manis
3 bj merah telur
2 bj putih telur
1 sd teh vanila.................pukul lagi

2 1/2 cwn tepung naik sendiri.....gaul lagi

bakar 45 minit....

topping
patahkan cooking chocolate, double boiling.

slamat mncuba.

Wednesday, April 15, 2009

SEDIHNYA...................

Seperti biasa amat susah untuk buka blog. Payah sangat nak buka sendiri.
Minggu ni juga seperti minggu2 sebelumnya.....sibuk. Minggu lepas guru besar panggil mesyuarat..nak adakan perjumpaan dgn ibu bapa murid2 thn 6. Alamak.... aku juga kena fikir bgmana program berlangsung. yg paling tak suka... kita jugalah kna jadi pengerusi majlis. apalah sangat yang nak dicakapkan...kalu ibu bapa murid kelas belakang tak pa juga...ni ibu bapa murid cemerlang.... tawakkal sajalah. perjumpaan dibuat pada hari rabu....8.30 pagi. Alhamdulillah dah selesai......

Ada lagi satu yang merisaukan. Guru besar kata pada isnin 13 april ada pertandingan kompang selawat peringkat ppd. Puan Seri Banun dilantik pengacara majlis. serba tak kena dibuatnya. nak bantah...nanti org kata jual mahal plk. Lagi pun saya memang tak sanggup menghampakan harapan orang. agaknya bila saya terima saja apa yang diarahkan mnybabkan guru besar selalu suruh saya. Nak kata suka...memang saya tak suka. saya ambil yang positif....barfikir secara positif.......orang bagi kita tugas....tentulah orang percaya kita boleh lakukan.
juga Alhamdulillah program ptg isnin lalu berjalan lancar......dan dapatlah sehelai tuala.

petang selasa yang pilu....Balik awal sikit hari ni.Pukul 2 dah sampai, raihan pun terkejut..eh balik awal ari ni. Lepas solat Zohor terus tidur. Pukul 4 bangun. masak lah serba sedikit utk makan malam. Lepas tu turun ke tanah, tinjau2 keliling rumah. Terus siram bunga. Tiba pasu yang ketiga....pokok lidah jin. saya siram... keluar seranggan berwarna merah...agak besar.. bersayap...saya ingatkan semut yng ada sayap. Saya terus siram supaya dia lari. Tiba2 satu sengatan di tangan. dan...bertubi2 sengatan di jari kaki kanan. Izzah terus bubuh minyak angin. Saya tak boleh berjalan...sakit yang teramat sangat. duduk atas tangga dapur. menangis meraung2. Ya Allah...tak pernah rasa sakit seperti ini. raihan dn papanya terus spray binatang itu. Sarangnya bulat sebesar tapak tangan.... han kata ada dlm 20 ekoh. Spray... mati semuanya.

kaki bengkak...sakit hampir 1 jam. Kalu lama lagi nak ke hospital rasanya. tapi alhamdulillah ...beransur baik Hari ni rabu masih terasa sengal2. Terfikir jgk apa hikmah di sebalik kejadian. nak kat kita usik sarang dia....dia dulu yang kacau pokok bunga kita.

Sebenarnya dah 2 atau3 minggu mata saya bergerak2...nak menangis. Dan itulah tangisan yang paling kuat dlm hidup saya.

Wednesday, April 8, 2009

butter cake

petang ni rasa lapar sangat. bahan2 utk kek ada, lalu sy pun buat lah kek butter. senang je. lagi pun kan sy suka makan. nak tahu resepinya? ok sy catatkan di sini....

BUTTER CAKE
200g gula halus
250g butter
250g self raising flour
5 bj telur
1 sd teh vanila

pukul gula dgn butter- kembang. masukkan telur. pukul lg. masukkan vanila, pukul lg. masukkan tpung.kacau. bakar dgn 175c dlm masa 30 minit. sedap.............

Sunday, April 5, 2009

PERTAMA KALI

Sudah sekian lama terdetik di hati saya untuk 'berblog'. Kesibukan sebagai seorang isteri, ibu kepada enam orang cahaya mata, serta pendidik membuatkan ianya sekadar niat di hati sahaja.


Namun hati tergerak untuk 'berblog' apabila melihat adik-adik kesayangan serta abang sentiasa berhubung melalui blog. Itu pun setelah lama berfikir. Atas desakan anak-anak,terutamanya Raihan dan Bazli maka lahirlah blog ini. sepuluh jari saya susun terlebih dahulu sekiranya apa yang dicoretkan seterusnya menyentuh hati kalian. Sesungguhnya tiada niat demikian, namun sebagai insan yang kerdil tentu sekali ada tersilap cakap,terkasar bahasa.MAAFKANLAH....



Pengenalan Diri


Saya merupakan seorang ibu kepada 6 orang anak yang dikasihi.Isteri kepada suami yang dicintai, dan guru kepada pelajar2 yang disayangi serta anak kepada ibu bapa yang disanjungi. Kini usia saya hampir menjangkau 48 tahun.Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.


Anak2 saya : Nur Nadhirah 24 tahun, Muhammad Khairi 23 tahun, Muhammad Bazli 21 tahun, Raihan Mardhiah 18 tahun, Nur Hanani 15 tahun dan Izzah Syahirah 9 tahun. Suami pula Mohamed Din 52 tahun.


Hobi saya pula tak menentu,macam-macam, kena tengok mood. Ada kalanya saya suka masak, menanam bunga dan pokok-pokok lain, menjahit manik, mengemas rumah dan yang tidak boleh saya tinggalkan membaca akhbar dan majalah.


Untuk memantapkan keimanan ,saya juga akan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.


Sebenarnya saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Saya sukakan kerja- kerja pejabat tetapi inilah yang dinamakan takdir. Kita hanya merancang.......