Wednesday, April 15, 2009

SEDIHNYA...................

Seperti biasa amat susah untuk buka blog. Payah sangat nak buka sendiri.
Minggu ni juga seperti minggu2 sebelumnya.....sibuk. Minggu lepas guru besar panggil mesyuarat..nak adakan perjumpaan dgn ibu bapa murid2 thn 6. Alamak.... aku juga kena fikir bgmana program berlangsung. yg paling tak suka... kita jugalah kna jadi pengerusi majlis. apalah sangat yang nak dicakapkan...kalu ibu bapa murid kelas belakang tak pa juga...ni ibu bapa murid cemerlang.... tawakkal sajalah. perjumpaan dibuat pada hari rabu....8.30 pagi. Alhamdulillah dah selesai......

Ada lagi satu yang merisaukan. Guru besar kata pada isnin 13 april ada pertandingan kompang selawat peringkat ppd. Puan Seri Banun dilantik pengacara majlis. serba tak kena dibuatnya. nak bantah...nanti org kata jual mahal plk. Lagi pun saya memang tak sanggup menghampakan harapan orang. agaknya bila saya terima saja apa yang diarahkan mnybabkan guru besar selalu suruh saya. Nak kata suka...memang saya tak suka. saya ambil yang positif....barfikir secara positif.......orang bagi kita tugas....tentulah orang percaya kita boleh lakukan.
juga Alhamdulillah program ptg isnin lalu berjalan lancar......dan dapatlah sehelai tuala.

petang selasa yang pilu....Balik awal sikit hari ni.Pukul 2 dah sampai, raihan pun terkejut..eh balik awal ari ni. Lepas solat Zohor terus tidur. Pukul 4 bangun. masak lah serba sedikit utk makan malam. Lepas tu turun ke tanah, tinjau2 keliling rumah. Terus siram bunga. Tiba pasu yang ketiga....pokok lidah jin. saya siram... keluar seranggan berwarna merah...agak besar.. bersayap...saya ingatkan semut yng ada sayap. Saya terus siram supaya dia lari. Tiba2 satu sengatan di tangan. dan...bertubi2 sengatan di jari kaki kanan. Izzah terus bubuh minyak angin. Saya tak boleh berjalan...sakit yang teramat sangat. duduk atas tangga dapur. menangis meraung2. Ya Allah...tak pernah rasa sakit seperti ini. raihan dn papanya terus spray binatang itu. Sarangnya bulat sebesar tapak tangan.... han kata ada dlm 20 ekoh. Spray... mati semuanya.

kaki bengkak...sakit hampir 1 jam. Kalu lama lagi nak ke hospital rasanya. tapi alhamdulillah ...beransur baik Hari ni rabu masih terasa sengal2. Terfikir jgk apa hikmah di sebalik kejadian. nak kat kita usik sarang dia....dia dulu yang kacau pokok bunga kita.

Sebenarnya dah 2 atau3 minggu mata saya bergerak2...nak menangis. Dan itulah tangisan yang paling kuat dlm hidup saya.

6 comments:

Mama Ellysha said...

Walaupun kita ni dekat dmata dan dkt dhati jare dah jumpa,nak tahu la g klinik ke? Kalu kena sengat lebah/tebuan kena g tawar bisa.Han boleh g mana? royatla getek,kalu dekat boleh g getek.

Mama Ellysha said...

g klinik ke?

Mama Ellysha said...

Susahnya nak masuk blok awak....g spital dah ke? kita ni dkt dhati dan dkt dmata...lama dah tak jumpa.
harap awak sihat.

nida said...

salam cik nun..moga dah ok sepenuhnya, try masuk ari tu, x leh. Bila nak post resepi kek coklat? Dulu ingat CN suka buat kek coklat time raya..bessstttt..Imran suka sgt makan dan buat sendiri kek coklat.

Mohammad said...

Salam,

Selamat datang ke alam blogging! tahniah kerana dah ada blog sendiri.

siannya kena ketik muggo. tapi tak pe, orang kata sakit ni dapat membersihkan diri dari dosa-dosa kita. Han dah dapat offer manomano ke?

mama izzah said...

sakit tu malam ok dah. thanks krn doakan sy sihat.....
jumaat lps dah tau han dpt matrik penang..tapi harap2 dapat asasi.

nak resipi kek coklat ko da? nati cnun ingat dulu.