Friday, December 3, 2010

Alhamdulillah.. kini telah kembali seperti biasa. Lisya telah kembali pada mama dan abahnya. Ya Allah.. perangainya telah kembali seperti asal.. dah tak mesra lagi dengan kami. Pandai dia tukar watak hinggakan raihan kata pada khairi... abe, kita takkan kenal dah lisya. tak dak dah lisya yang duduk rumah kita baru ni. w/bgmnpun kami gembira kerana dia telah berjumpa dgn orang yg dirinduinya. Kami amat bersyukur kerana sepanjang bersama kami tidak ada masalah yg timbul. Dia sentiasa menunujukkan kegembiraannya. Dewasa benar dia.. dapat mengatasi rasa rindunya walhal baru berusia 4 tahun. Budak cerdik katakan.

Walaupun kadang kala rasa rindu pada gelak tawanya, rindu pada tingkah lakunua dan rindu pada gurau sendanya namun kami tetap bersyukur kerana abah dan mama lisya selamat kembali ke tanah air... dapat bersama-sama dengan anak-anak yang dirindui dan saya amat bersyukur kerana dapat menjaga lisya selama 46 hari