Monday, December 5, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Rasa Hati

Entah mengapa tergerak hati lagi untuk menjenguk di sini. Mungkin teringat sesuatau atau seseorang. Memang kadang-kadang kita akan rasa kesorangan,kekosongan. Mngkin ada yang akan memberikan komen,baca Quran atau ambil wudhu' kemudian solat sunat. ok,setiap hari saya baca Quran,saya buat solat hajat mohon pada Yang Maha Esa supaya dikurniakan hati yang tenang,hati yang kuat,yang tidak mudah menyerah kalah. Cuma kadang-kadang kekosongan itu datang,hati menjadi sayu.

Monday, November 14, 2011

Setelah lama tak blogging

Entah mengapa terjenguk ke sini...telah banyak peristiwa yang tercicir dari ingatan...tambahan pula all the members telah beralih ke fb....hari2 terakhir persekolahan penuh dengan aktiviti,perjumpaan ibu bapa la,penyampaian hadiah,jamuan akhir tahun dan majlis perpisahan. Dah menjadi rutin untuk kami warga sekolah..bukan mengeluh tapi itu lah hakikatm Sibuk? Tentu sekali,kelam kabut,menyesakkan nafas dan trasa terlalu cepat berjalannya waktu. Ya Allah,Ya Rahman, berikan kekuatan untuk hambaMu mengisi ruang-ruang kosong ini dengan sebaik-baiknya.

Thursday, March 31, 2011

mood blogging dah hilang

betul2 dah hilang mood utk blogging..sebenarnya ada perkara yang nak dikongsi...tapi malas nak taip....so..tunggu mood tu datang semula la...

Saturday, March 12, 2011

Cuti sekolah dah mula

Mungkin sesuatu yang menggembirakan bagi murid2...tapi kami senagai guru biasa saja la..sama ada cuti atau tidak..kerja tak pernah habis. dan seperti biasa la..kalau cuti..kelas tambahan pun mula la menjelma..macam2 nama kelas untuk memacu kecemerlangan pelajar..kalau diberi pilihan memang saya pun tak mahu mengajar dalam cuti begini..itu kalau diberi pilihan..tapi kami tiada pilihan. Bukan mengungkit tapi itu realiti..orang kata jadi cikgu senang..cuti banyak..sesiapa yang kata begitu cuba la jadi cikgu.

Hari ni sebenarnya ada mesyuarat di sekolah..tapi kena hantar nani ke seminar easy maths di smk falahiah...dan kakak yang seorang tu dah rancang gathering dengan saudara kami dari pakistan...jadi saya tak attend pun meeting di sekolah tu sebab saya rasa ini lebih penting. Apa tidaknya dah 30 tahun kami tak jumpa..GB atau Pk nak kata apa pun kata lah..tapi saya bukan engkar perintah sebab hari sabtu bukan hari bekerja.

Esok..akan mengajar kelas tambahan..dari pukul 8.30am hingga 12.00pm. Isnin pun begitu.....

Sunday, March 6, 2011

2 hari tanpa blogging

Hari-hari yang dilalui penuh dengan urusan tanpa henti.Hujung minggu sibuk kemas rumah..lawat orang sakit...shopping. Hari sabtu pulak.ada2 saja yang nak dibuat......ke hulu ke hilir sampai ada yang terpaksa ditangguhkan. Aduhhh...ada bekas anak murid datang untk bagi kad jemputan kahwin..dia kata dah 3 kali datang tapi tak jumpa..sibuk mengalahkan datin...alah Elhami... cikgu ni dari muda hingga tua pun macam ni la...kesian Elhami nak bagi kad tu pun kne buat appointment..terima kasih Mi...awak tetap anak murid yang cikgu sayang dan Insya Allah cikgu akan pergi ke kenduri itu nanti.


Ahad dah bermula..bermakna bermula la rutin harian yang tanpa mengenal erti rehat. Jadual mengajar Ahad..mngajar 1 jam rehat stngah jam hingga wktu balik. Pkl 1 tengah hari tadi mesyuarat AJk Kecemerlangan UPSr...dan seperti biasa kita la juga setiausahanya...dah bertahun2.. nak letak jawatan tak dibenarkan. EH, baguskah sangat aku ni smpai dah lebih 10 tahun pegang jawatan ni? Entah la.... Mesyuarat tamat 2.50 petang..janji dgn nani nak hantar baranga yang dia tertinggal pkl 2.30 petang...sorry la nani..mama awak ni sibuk. pergi jgk hantar barang nani walau sudah lewat utk solat Zohor. Nani sengih2..gembira nampak...tangan dia bau gukai lagi...lepas makan nasi la tu. Bwa barang dia yang trtinggal tu...dan dia tahu kalau saya pergi lawat dia tentu bwa makanan.

Balik...singgah warung kak ni beli nasi bungkus for me n my son(abe)..lapar sangat. lepas solat Zohor smpat lagi layan fb kejap..then ambik newspaper...landing...sampai pkl 5. dah janji dgn abe dia yg ambk izzah ptang ni jam 6 ptg.ma letih dah. Izzah tak habis2 dgn prctice... bola baling pulak..biar la dia lasak.
Esok..isnin majlis rundingcara dengan ibu/bapa/penjaga murid 6G. Apa yang nak dicakapkan ya... kita la pengerusi...kita la jgk pemudahcara..tak pa la..tiap2 tahun dah macam ni... kalih dah.
Tunggu esok....................

Friday, March 4, 2011

Lepas Chatting dengan Han

Sebenarnya tak tau apa yang nak ditulis malam ni. Tak pa lah cuba jugak. Bangun pagi tadi rasa rajin sangat..nani tak dak kelas tambahan...jadi pagi2 lagi kita pun start kemas rumah...sapu sampah. kebas carpet...mop lantai..kerah nani dengan izzah untuk angkat sofa ke ruang tamu. sebenarnya sofa tu dok kat ruang keluarga masa buat smbhyang hajat han nak prgi dulu. Hari ni baru terasa nak angkat ke tempatnya semula. kira ikut mood la jgk. Bila my lovely hubby tanya sebab apa angkat kerusi..senang je jawab...kalau tamu datang tak ada tmpat nak duduk..jadi selama ni macam mana? Ikut la..asalkan ada jawapan yang logik. Sebenarnya tak angkat tu... nak suruh dia beli yang baru..tapi tak beli jugak. Tak pe..dekat2 raya nanti kita suruh la dia beli. sofa tu dah buruk pun... serbih2..koyak..kena cakar dek kucing kesayangan..nak buat macam mana.


Lepas tu masaklah lebih kurang untuk lunch..masak apa yang ada dalam freeze je. Malas dah nak pergi beli lauk.

Lepas solat Zohor ajak nani dan izzah pergi kb. Berbeli la apayang patut kat kb mall. Masuk butik bonia..alamak mahalnya..tak jadila... selipar bonia rm289..bata rm29.90..beli bata lah. lpas tu pergi kat fokus point..mata pun rasa tak sedap..bila test,,naik lagi power sblah kanan.. sebab tu kadang2 rasa pening..agaknya kuat sangat baca novel sambil berbaring..tau..tapi buat jugak.

Lepas shopping, pergi hkb tengok ayah kawan yang tenat di ccu..tak sedarkan diri..jantung berfungsi 23% sahaja. Moga2 Allah berikan yang terbaik untuknya.

Esok pulak nak gi dentist...cabut gigi izzah...dah naik yang baru tapi yang hitam tu degil lagi tak nak tanggal...............