Friday, March 4, 2011

Lepas Chatting dengan Han

Sebenarnya tak tau apa yang nak ditulis malam ni. Tak pa lah cuba jugak. Bangun pagi tadi rasa rajin sangat..nani tak dak kelas tambahan...jadi pagi2 lagi kita pun start kemas rumah...sapu sampah. kebas carpet...mop lantai..kerah nani dengan izzah untuk angkat sofa ke ruang tamu. sebenarnya sofa tu dok kat ruang keluarga masa buat smbhyang hajat han nak prgi dulu. Hari ni baru terasa nak angkat ke tempatnya semula. kira ikut mood la jgk. Bila my lovely hubby tanya sebab apa angkat kerusi..senang je jawab...kalau tamu datang tak ada tmpat nak duduk..jadi selama ni macam mana? Ikut la..asalkan ada jawapan yang logik. Sebenarnya tak angkat tu... nak suruh dia beli yang baru..tapi tak beli jugak. Tak pe..dekat2 raya nanti kita suruh la dia beli. sofa tu dah buruk pun... serbih2..koyak..kena cakar dek kucing kesayangan..nak buat macam mana.


Lepas tu masaklah lebih kurang untuk lunch..masak apa yang ada dalam freeze je. Malas dah nak pergi beli lauk.

Lepas solat Zohor ajak nani dan izzah pergi kb. Berbeli la apayang patut kat kb mall. Masuk butik bonia..alamak mahalnya..tak jadila... selipar bonia rm289..bata rm29.90..beli bata lah. lpas tu pergi kat fokus point..mata pun rasa tak sedap..bila test,,naik lagi power sblah kanan.. sebab tu kadang2 rasa pening..agaknya kuat sangat baca novel sambil berbaring..tau..tapi buat jugak.

Lepas shopping, pergi hkb tengok ayah kawan yang tenat di ccu..tak sedarkan diri..jantung berfungsi 23% sahaja. Moga2 Allah berikan yang terbaik untuknya.

Esok pulak nak gi dentist...cabut gigi izzah...dah naik yang baru tapi yang hitam tu degil lagi tak nak tanggal...............

1 comments:

aida said...

cik nun, kalau nak beli mahal2 tunggu sale.. tapi kalau aida, beli clarks.. biar mahal tapi puas hati