Sunday, April 5, 2009

PERTAMA KALI

Sudah sekian lama terdetik di hati saya untuk 'berblog'. Kesibukan sebagai seorang isteri, ibu kepada enam orang cahaya mata, serta pendidik membuatkan ianya sekadar niat di hati sahaja.


Namun hati tergerak untuk 'berblog' apabila melihat adik-adik kesayangan serta abang sentiasa berhubung melalui blog. Itu pun setelah lama berfikir. Atas desakan anak-anak,terutamanya Raihan dan Bazli maka lahirlah blog ini. sepuluh jari saya susun terlebih dahulu sekiranya apa yang dicoretkan seterusnya menyentuh hati kalian. Sesungguhnya tiada niat demikian, namun sebagai insan yang kerdil tentu sekali ada tersilap cakap,terkasar bahasa.MAAFKANLAH....



Pengenalan Diri


Saya merupakan seorang ibu kepada 6 orang anak yang dikasihi.Isteri kepada suami yang dicintai, dan guru kepada pelajar2 yang disayangi serta anak kepada ibu bapa yang disanjungi. Kini usia saya hampir menjangkau 48 tahun.Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.


Anak2 saya : Nur Nadhirah 24 tahun, Muhammad Khairi 23 tahun, Muhammad Bazli 21 tahun, Raihan Mardhiah 18 tahun, Nur Hanani 15 tahun dan Izzah Syahirah 9 tahun. Suami pula Mohamed Din 52 tahun.


Hobi saya pula tak menentu,macam-macam, kena tengok mood. Ada kalanya saya suka masak, menanam bunga dan pokok-pokok lain, menjahit manik, mengemas rumah dan yang tidak boleh saya tinggalkan membaca akhbar dan majalah.


Untuk memantapkan keimanan ,saya juga akan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.


Sebenarnya saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Saya sukakan kerja- kerja pejabat tetapi inilah yang dinamakan takdir. Kita hanya merancang.......

5 comments:

Ibu WA Alim said...

Assalamualaikum warahmatullah,
Selamat datang ke dunia blog..agar ianya membawa kebaikan buat semua..
Menghubungkan silaturrahim.. mengeratkan kasih sayang..
Memberi panduan.. dlm kehidupan.. yg penuh cabaran..
Tegur-menegur..ingat-memperingat.. tolong-menolong..
Dlm kebenaran.. dlm kesabaran..
Dlm suasana persaudaraan..
Amin..!
(Saya rasa masing2 tertunggu2 apa gelar yg akan saya beri di dunia blogging ni..!)

Mama Ellysha said...

Assalamualaikum,
Hey,patutlah lama dah tak mari umah kita,rupanya sibuk d alam siber,kdg2 kita tunggu awak dtg,terasa lah jugak ,kita ni dok umah je ptg2......Lisa ajak g umah c.nu tapi sy ni malas nak drive.ape-ape pun blog awak jd pengubat rindu.

mama izzah said...

ptg ni han paksa jgk sy buka blog. sbnarnya sy malas nak berblog ni. tak dak mood. ptg2 gini lbih baik sy bakar sampah@ tngok pokok bunga. tambah2 ptg ni tak hujan. sbnarnya stiap hari sy ni pnuh dengan kerja. kalu ada masa pun sy rasa lbih baik sy tidur. kdg2 terfikir jgk, makin tua makin banyak kerja. tak dak hari minggu dah, jumaat, sabtu pun kna gi sekolah.orang kata kerja cikgu ni senang, tapi sbnarnya tidak.

mama izzah said...

lisya, sebenarnya c nun bykan tak se gi rumah lisya. sibuk la,kalu ada bibik kan senang. kalu c nun g pun lisya nak main jual jah dgan c nun. c nun dah boring la main jual..hehehe.

Ibu WA Alim said...

Oh! Kak Ngah org kena paksa ye utk buka blog..eloklah tu..saya ni org kena paksa utk tutup blog..dah berhantu..tp skrg ni hantu tu dah krg sikitla..
Lbh baik malas dan takde mood utk berblog ni..sbb kalu dah berhantu.. susah..! Dan mmg lbh baik gi bakar sampah dan tgk pokok2 bunga..tenang dan lapang rasanya..
Byk kerja tu pun bagus utk KNgah dan semua..sbb dgn bekerja urat jadi longgar..badan jadi sihat..pahala lagi byk..lambang kehidupan yg normal dan baik/sihat..cuma saya ni jenis yg tak normal kot..?
Wp beban tugas guru kian bertambah kini..tp bg saya kerjaya guru tetap lbh baik drp kerjaya2 lain..bg seorg ibu yg nak bekerjalah..sbb saya rasa kian hari kita asyik mendgr keluhan ibu bekerja..penat..tak ckp rehat..tak cukup masa..
Krg2 jadi cikgu ada hari yg blh tido ptg2..utk merehatkan badan dan fikiran..agar kembali segar..utk melakukan tj seterusnya..
Sbb tu saya suka kerjaya guru..cuma rezki/nasib saya tiada d bidang perguruan..dan saya hairan kenapa wanita2 lain tak meminati kerjaya perguruan..sdgkan ia memberi jln tgh utk wanita berkerjaya d samping menjadi surirumah..mmg lah jadi cikgu ni payah nak naik2 pangkat nye kan..? Tp krg2..adala lbh masa drp kerjaya lain utk rumah tangga..
Saya minta maaflah kpd yg memilih kerjaya lain tu..bkn tiada kebaikan dgn bekerjaya lain..byk kebaikannya..tp kenalah pandai mengagihkan masa/menguruskan keluarga dan rumahtangga..dan tak blh menjadikannya alasan utk lepas tgn..terpaksa berkorban lbhlah drp ibu2 lain..
Jadi surirumah pun penat sbnrnya..apatah lagi kalu dgn anak kecik2/@pun jenis surirumah yg tak reti duduk diam/@pun yg rumahnya tiptop..lagi pulak surirumah mana ada hjg minggu..mana ada annual leave..mana ada medical leave..kalu demam ke sakit kepala ke..redah juga..sapa tau sbb kita dok rumah je..takde beza..dan bo layan..! Nak gi minta cuti dgn sapa..? Nak gi minta mc wat ggapa?
Saya punya tension dah naik ni..tj KNgah kena coolkan saya..sbb tu saya alu2kan KNgah berblogging..!
Kalau blh gi main jjua dgn Lisa..cool jugak ni..!