Monday, August 17, 2009

kita hanya merancang

Eh...lebih kerap pula saya menulis. sebenarnya dah 2,3 malam tak lena tidur. tak tahu mengapa. kalau difikirkan saya ni jenis yang mudah tidur.entahlah minggu ni perangai saya berubah. minggu ni saya boleh dikatakan agak rajin buat kerja rumah.Awal pagi dah bangun untuk sediakan makanan sahur untuk naniku yang comel itu. dia belum habis ganti puasa. lepas tu jadi pr nya lagi. ya lah minggu ni dia trial exam. nani ni jenis yang manja...segala2nya perlu diingatkan. perlu tanya dah ke buat ulangkaji utk subjek2 yang akan diuji esok hari. masa atas kereta hantar dia ajar baca ayat2 untuk tuhan permudah segala urusan. lagipun saya kesian tengok dia, selalu selsema dan lelah. malam ni astmanya menyerang lagi. dia makan ubat dan katanya terlalu mengantuk. saya suruh dia tidur dulu dan tentunya tugas saya akan kejutkan dia awal pagi esok.

Tiba2 pukul 9 malam bunyi motosikal di luar rumah. Alhamdulillah putera ketiga baru tiba dari Terengganu. baru habis daki gunung dan bersambung dengan cuti semesternya.

Pukul 12 tgh hari td ada mesyuarat guru2 thn 6. persiapan akhir menjelangnya upsr. kelas tambahan dlm cuti dan sebagainya. bermacam2 yang kami bincang sebagai persiapan akhir. Hari ni kbetulan hampir pukul 3 baru balik....kelas tambahan.
pukul 4 terima panggilan dari pk1. sekolah kita diarahkan cuti serta merta H1N1. Masya Allah.
jabatan kesihatan mengarahkan semua warga sekolah akan hadir semula hanya pada 30 ogos. apa lagi yang dapat dikatakan.....nak kata gembira dengan cuti mengejut ini tidak juga. tak tahu lah. selepas solat asar tadi tiba2 air mata menitis.... entah mengapa.......

6 comments:

Nida said...

Tulisla kerap2 kalau berkesempatan, terubat rasa rindu ni..Semoga Cik Nun sekeluarga sentiasa dalam lindunganNYA..

Good Luck Nani!

Ibu WA Alim said...

Muta'ali pun mula trial smlm..mlm tadi call ayahnya mohon ampun halal segala..itu mmg trend sekolah dia..mohon restu ibubapa apabila nak periksa..
D Mara pun dia org dah buat solat hajat Jumaat 2 minggu lps kalau tak silap..kebetulan ada suami staff dah kena jangkitan masa tu..skrg ni saya rasa dia org proceed dgn bacaan Yasin..
Kawan2 d sekitar tmn perumahan saya pun mula buat bacaan Yasin dr rumah ke rumah..
Ustaz guru kelas mengaji saya syorkan baca Yasin mlm Jumaat diikuti dgn bacaan Manzil..di akhir buku Yasin tu sesetghnya ada doa mohon selamat..
KNgah dan semua yg lain dah ambil ke risalah Manzil yg saya kirim balik via bonda tempohari..?

Mama Ellysha said...

Tentu awak masak sedap2,terliur saya....dah buat persediaan utk puasa ke?.murid saya pun ramai yang demam.risau juga asyik pakai topeng dsek.cukup tak selesa.semoga nani berjaya ....

Ibu WA Alim said...

Wan bagitahu kita disyorkan minum jus epal hijau dan jus oren utk membantu mengelakkan/mengatasi masalah H1N1 ini..juga byk makan bawang putih utk menguatkan antibodi..
Tadi dia suruh saya mula buat bawang putih yg diwapkan atas wap nasi mcm yg pernah kami buat dulu2 utk dimakan dgn nasi atau begitu saja..
Cubalah..rasanya mcm makan ubi rebus saja..

Caranya..ambil selabu bawang putih..basuh tanpa dikupas..letak atas wap nasi sebaik nasi 'sering'..biarkan sehingga nasi masak..blhla diambil bawang tu utk dimakan..

Ibu WA Alim said...

Tahu ke Abg Zain Lemal tlh kembali ke rahmatullah di Hospital Kbg Kerian mlm ni..? Saya sdg bersiap2 utk bertolak balik pukul 3 @ 4 pagi nanti dgn Wan dan Alim..Hrp dpt menyambut 1 Ramadhan dgn bunda d GS juga..Wan pun akan ambil peluang utk lawatan kerja d Mara KB/KT pd Sabtu/Ahad..InsyaAllah..

Anonymous said...

Ma o ma, tulis la blog.