Friday, November 26, 2010

KEGEMBIRAAN BUAT LISYA

4 hari lagi mama dan abah lisya akan kembali ke tanah air. Insya Allah.Lisya biasa2 saja.Agaknya sbb sudah 40 hari lebih dia ditinggalkan...bersama-sama keluarga kami. Tengah hari tadi, saya di dlm bilik...rehat la konon. bunyi bising betul.Rupa-rupanya dia orang main nusuk, main kejar2. yang 3 orang tu tak pa la. nani pun perangai mcm budak kecil lagi. Yang peliknya...kak long pun main sama. Masya Allah. begitulah cerianya keluarga kmi sejak lisya ada di sini. Semua akan ikut perintah lisya.... Saya tanya lisya..balik rumah dia nanti siapa yang lisya nak suruh. Lisya tak ada kakak. nani kata kalu kisya rasa nak bergurau datanglah sini. kalu nak main nusup marilah sini. Lisya kata tak se.. kalu main nusup dia sokmo kena cari...orang besar pandai nusup. Anak2.....

Kadang2 kalau difikirkan tak nak lagi jaga anak saudara yang ditingglkan ibu...nak tahu kenapa? Saya tak sampai hati tengok matanya...adakah dia rindu pada ibu bapanya dan..... rasanya tak sanggup brpisah dengannya selepas ini. Bayangkan 45 hari dia bersama-sama saya. Dia menghiburkan saya... dia mengingatkan saya pada amanah ibunya.

Setiap pagi...apabila saya bangun daripada tidur...perkara pertama yang saya lakukan ke biliknya..untuk melihatnya. Dia tidur lena di tengan-tengah di antara izzah dan nani. Budak2... tidur dengan wajah yang bersih. Selepas 30 nov...tiada lagi wajah bersih itu di rumah saya...Oh Tuhan.................

Saturday, November 20, 2010

LISYA YANG MANJA

Hari ini 20 nov.... bermakna 10 hari lagi mama lisya akan kembali.Kembali bersama-sama lisya semula. Tentu lisya dan semua yang menanti di sini akan berasa gembira... begitu juga kami. setiap hari yang kami lalui bersama-sama lisya amat menyeronokkan. Suaranya yang sentiasa riuh rendah,tawa hilainya yang nyaring dan berlari ke sana ke mari amat menghiburkan kami. Tentu sekali kami akan rindukan dia apabila dia kembali ke rumahnya nanti. Tapi tak apalah..itu pengorbanan yang akan kami tempuhi. Sesiapa pun tentu akan gembira.. akan seronok dengan telatahnya. Dia sentiasa gembira... betulkah begitu? Tiada langsung menunjukkan kerinduan dan kesedihan...budak sekecil itu pun pandai membawa diri... kami sentiasa cuba sedaya upaya supaya dia tidak bersedih...yang peliknya saya yang menanngis sendirian bila memikirkan lisya. Ah.. anak itu terlalu tabah, cerdik dan sentiasa menghiburkan. Syabas untuk Lisya...