betul2 dah hilang mood utk blogging..sebenarnya ada perkara yang nak dikongsi...tapi malas nak taip....so..tunggu mood tu datang semula la...
Thursday, March 31, 2011
Saturday, March 12, 2011
Cuti sekolah dah mula
Mungkin sesuatu yang menggembirakan bagi murid2...tapi kami senagai guru biasa saja la..sama ada cuti atau tidak..kerja tak pernah habis. dan seperti biasa la..kalau cuti..kelas tambahan pun mula la menjelma..macam2 nama kelas untuk memacu kecemerlangan pelajar..kalau diberi pilihan memang saya pun tak mahu mengajar dalam cuti begini..itu kalau diberi pilihan..tapi kami tiada pilihan. Bukan mengungkit tapi itu realiti..orang kata jadi cikgu senang..cuti banyak..sesiapa yang kata begitu cuba la jadi cikgu.
Hari ni sebenarnya ada mesyuarat di sekolah..tapi kena hantar nani ke seminar easy maths di smk falahiah...dan kakak yang seorang tu dah rancang gathering dengan saudara kami dari pakistan...jadi saya tak attend pun meeting di sekolah tu sebab saya rasa ini lebih penting. Apa tidaknya dah 30 tahun kami tak jumpa..GB atau Pk nak kata apa pun kata lah..tapi saya bukan engkar perintah sebab hari sabtu bukan hari bekerja.
Esok..akan mengajar kelas tambahan..dari pukul 8.30am hingga 12.00pm. Isnin pun begitu.....
Posted by mama izzah at 8:55 PM 3 comments
Sunday, March 6, 2011
2 hari tanpa blogging
Hari-hari yang dilalui penuh dengan urusan tanpa henti.Hujung minggu sibuk kemas rumah..lawat orang sakit...shopping. Hari sabtu pulak.ada2 saja yang nak dibuat......ke hulu ke hilir sampai ada yang terpaksa ditangguhkan. Aduhhh...ada bekas anak murid datang untk bagi kad jemputan kahwin..dia kata dah 3 kali datang tapi tak jumpa..sibuk mengalahkan datin...alah Elhami... cikgu ni dari muda hingga tua pun macam ni la...kesian Elhami nak bagi kad tu pun kne buat appointment..terima kasih Mi...awak tetap anak murid yang cikgu sayang dan Insya Allah cikgu akan pergi ke kenduri itu nanti.
Posted by mama izzah at 10:16 PM 0 comments
Friday, March 4, 2011
Lepas Chatting dengan Han
Sebenarnya tak tau apa yang nak ditulis malam ni. Tak pa lah cuba jugak. Bangun pagi tadi rasa rajin sangat..nani tak dak kelas tambahan...jadi pagi2 lagi kita pun start kemas rumah...sapu sampah. kebas carpet...mop lantai..kerah nani dengan izzah untuk angkat sofa ke ruang tamu. sebenarnya sofa tu dok kat ruang keluarga masa buat smbhyang hajat han nak prgi dulu. Hari ni baru terasa nak angkat ke tempatnya semula. kira ikut mood la jgk. Bila my lovely hubby tanya sebab apa angkat kerusi..senang je jawab...kalau tamu datang tak ada tmpat nak duduk..jadi selama ni macam mana? Ikut la..asalkan ada jawapan yang logik. Sebenarnya tak angkat tu... nak suruh dia beli yang baru..tapi tak beli jugak. Tak pe..dekat2 raya nanti kita suruh la dia beli. sofa tu dah buruk pun... serbih2..koyak..kena cakar dek kucing kesayangan..nak buat macam mana.
Posted by mama izzah at 11:26 PM 1 comments
Thursday, March 3, 2011
Han: hari ke2 ma tulis blog
Hari ni ma balik skolah pkl 6.15 ptg.....lagi setngah jam nak cukup 12 jam...ye la ma turun rumah pagi tadi 6.45am...letih tu toksah nak kata la...tapi boleh lagi la buka fb dan blog ni.lepas ni nak solat Isyak dan terus tidur. tapi kalau tidur awal pun esok terjaga awal jgk.Malam kmarin tidur pukul 10 lbih tu pkl 4.15 pagi dah trjaga. bagus jgk mcm tu...sbab awal pagi ni kita akan rasa lebih rajin untuk buat sesuatu...contohnya lipat kain. Banyak hari dah tak masak apa2 han...aci beli saja. tak pa lah..janji tak lapar.Kadang2 tu terfikir juga...bilakah kesibukan dunia ini akan berakhir. Tak tau la...ingatkan bila umur dah menginjak separuh abad ni dapat banyak berehat di rumah... sayangnya tidak begitu. hari ni nani balik dari asrama....hujung minggu. Nasib baik esok dia tiada kelas tambahan..nak rasa jgk duduk di rumah pada waktu pagi.Tapi lusa ada...esok dah ada dalam fikiran nak gi melawat ayah cikgu Riza yang dah berminggu dalam wad ccu hkb. Orang lain semua dah pergi.... Insya Allah mudah2an esok sempat la prgi.
Posted by mama izzah at 9:50 PM 1 comments
Wednesday, March 2, 2011
Han suruh blogging
Han..ma tak tahu nak tulis gapa sebenarnya.Setiap hari ma sibuk sebenarnya..bukan sibuk dengan kerja2 rumah..tapi sibuk dengan urusan2 luar.masa nani dok rumah..sibuk hantar ambik dia..dia dok asrama pun ma sibuk juga. Orang kata jadi cikgu kerja senang..tengah hari boleh balik rumah..itu cikgu dulu han. Cikgu la ni kalau boleh nak tidur pun di sekolah.Macam2 program,macam2 aktiviti. !0 Feb lepas ma tidur di sekolah..Qiamullail bersama murid th 6. Faham2 saja la kalau jaga murid2 pada waktu malam ni.tak tidur langsung. Hari ni 2 Mac sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Guru2 gotong-royong memasak. Bayangkan 140kg daging untuk dimasak. Sehari sebelum lagi dah buat persiapan. Lastly..malam tadi pukul 10 malam baru balik. tak pa la ..kalau mengungkit tak dapat pahala pulak. Sambutan kali ni lebih meriah. Berarak melalui balai polis.SIS.masjid dan balik semula ke sekolah.Penat jugak. Memanglah tak sampai separuh guru yang ikut sama..tapi ...tak sedapla kalau tak ikut sama. Lepas tu sampai di sekolah kena jadi mc lagi untuk acara dewan. Penat memang penat tapi nak buat macam mana dah tercebur dalam dunia yang kalut ini..Dan esok 3 mac..perlawanan bola jaring peringkat zon..sksid tuan rumah..sibuk lagi.............
Posted by mama izzah at 8:28 PM 3 comments